Gula Alternatif masakini iaitu Larutan Pemanis Stevia sebagai pengganti GULA.
"STEVIA memiliki kemanisan 300 kali lebih manis daripada gula tebu dan kandungannya 0% kalori."
SAKSIKAN VIDEO DISKUSI WHI :
Ancaman diabetes dan angka penghidapnya yang semakin meningkat di Malaysia membuatkan usaha mencari pemanis alternatif turut diperhebat.
FAKTA:
Menurut statistik Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan dianggarkan kira-kira 3.4 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes pada tahun 2010. .
Didapati bahawa satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menghidapinya.
Pengambilan GULA berlebihan boleh menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti Obesiti, Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi, Kanser dan sebagainya .
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengistiharkan PERANG TERHADAP GULA. Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah had pengambilan gula adalah TIDAK MELEBIHI 6 sudu teh gula sehari. Purata pengambilan gula di Malaysia adalah 26 sudu teh gula sehari.
BUKAN senang untuk menerima hakikat jika ibu atau bapa anda didiagnos menghidapi diabetes. Perkara pertama yang pasti diminta oleh doktor ialah menjauhi gula. Ia tidak senang dilakukan kerana mereka telah biasa dengan gula sepanjang hayat. Lagipun, rasa gula mencetuskan sejenis hormon dalam otak yang membuatkan kita berasa senang. Inilah yang menyebabkan mengapa ramai orang mendapati sangat susah hendak meninggalkan gula.
Bagi penghidap diabetes, gula akan meningkatkan paras gula darah yang seterusnya akan meningkatkan risiko komplikasi yang melibatkan saraf, mata, buah pinggang dan jantung.
Kini, Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association (AHA)) telah meletakkan gula tambahan dalam senarai penyebab yang boleh menjejaskan jantung selain daripada pengambilan terlalu banyak garam, lemak, kolesterol dalam diet. Menurut AHA, pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan kesihatan yang tidak baik, termasuk kegemukan (obesiti), diabetes, tekanan darah tinggi, radang, paras trigliserida tinggi, semuanya ini merupakan faktor risiko penyakit jantung dan strok.
Pengambilan pemanis alternatif dilihat sebagai satu cara menggantikan gula sekali gus membantu mengawal jumlah pengambilan manisan dalam makanan dan jumlah pesakit diabetes di negara ini.
Stevia, tanaman sub-tropikal yang berasal dari Amerika Selatan ialah antara pemanis alternatif terkini yang ditemui.
Stevia memberi kesan tidak penting terhadap glukosa dalam darah dan oleh itu digunakan sebagai pemanis dalam diet untuk mengawal karbohidrat. Ia dijadikan pengganti pemanis dalam pembuatan makanan dan penggunaannya, dan semakin diiktiraf badan-badan antarabangsa. Penggunaannya di Malaysia juga semakin meluas apatah lagi di kemuncak kenaikan harga gula di pasaran dunia.
Stevia boleh menjadi pengganti gula memandangkan kerajaan semakin giat menggalakkan rakyat untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dengan melupuskan subsidi terhadap komoditi itu.
Jepun menggunakan stevia sebanyak 50 hingga 60 peratus dalam jumlah pemanis di negara itu dan ia digunakan dalam kebanyakan produk makanannya. Ekstraknya adalah 300 hingga 400 kali ganda lebih manis daripada ekstrak yang diambil daripada tebu.
Malaysia yang mengimport sepenuhnya gula perang dari India, perlu memikirkan cara untuk mengurangkan pembelian gula dari luar dan sebaliknya cuba membangunkan industri stevia tempatan. Dengan menggunakan kaedah tersebut, ia bukan sahaja mengurangkan pergantungan sumber gula dari luar, bahkan membantu pekebun kecil dan memberi sumber ekonomi baru untuk mereka. Dengan adanya stevia, rakyat Malaysia mempunyai alternatif selain gula terutama penggunaannya yang menjangkau nilai RM5 billion setiap tahun.
INGIN MERASAI KEMANISAN KESIHATAN ANDA?!
...DAN PIHAK KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA NANTI.
RAKAN ANDA | |
---|---|
![]()
|
BERITA TERKINI | ||
---|---|---|
|
VISITOR COUNTER | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
AHLI TERKINI |
---|
Azli Lojumin Ahmad Yaser bin arman Yen Chet Yen Chet Nur Izzati Binti Mokhtar Muhamed saifullah bin bakeri |
ADMIN SUPPORT |
---|
Untuk sebarang masalah sila hubungi admin di talian +60111 921 2112 atau KILK logo wasap di bawah |
IKLAN TERKINI |
---|
|