JOM BUAT DUITEPI !!!

Rahsia Cabaran Cipta Wang (RCCW)


hit counter

 

Ruangan INFO

 

 

 

Login ID :  Katalaluan :    Lupa password? Daftar Sekarang

Produk Cen-J

AIR - PENTING DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Allah berfirman di dalam Al Quran:

“Dan Kami jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup”

Surah Al-Anbia, ayat 30

Semua orang tahu tanpa air biji benih tidak boleh tumbuh dan bercambah. Yang dah tumbuh pun, bila tiada air=tiada kehidupan. Begitu juga manusia, tanpa makanan, manusia mungkin boleh bertahan hidup agak lama, tapi tanpa air, kita tidak akan mampu bertahan lama. Begitulah rapatnya hubungan manusia dengan air. 

Ahli sains mengatakan dari 55%-75% daripada badan manusia adalah terdiri daripada air. Manakala 90% daripada air adalah kandungan oksigen. Berikut adalah kandungan air dalam organ badan, boleh rujuk di internet atau pengamal perubatan.

* Darah = 82% 
* Otot-otot = 75% 
* Tulang = 22% 
* Ginjal = 82% 
* Otak = 74%

Para Doktor juga mengesahkan air kosong merupakan bahan kedua terpenting di dalam badan kita selepas oksigen.

Air sangat penting untuk membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang di makan.

Selain itu, air juga membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.

Air juga menyelaraskan suhu badan serta memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran. Membran tu apa? Sila buat CARIAN di GOOGLE

Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air. Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh.

Tidakkan anda nampak bahawa air amat penting untuk badan anda? Manakala rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air. Peluh, kencing, air mata, hingus dll. Sistem penghadaman manusia menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari.

Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan normal tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum.

Kita biasanya tidak mempedulikan air yg di minum itu adakah air tu berasid, neutral atau beralkali.

KAJIAN :  3 jenis air ke dalam gelas kecil (ASID atau ALKALI):,

i. Air Bateri

ii. Air Minuman (bertutup putih)

iii. Air Mineral mahal (sebotol kecil RM4.60 di farmasi)

Dengan cecair penguji PH, dapat di BUKTIKAN

i) air bateri adalah berasid, ia berubah dari putih jernih menjadi kuning ke arah oren

ii) air minuman biasa juga berasid

iii) sedangkan air mineral saja yang beralkali. Air itu berubah menjadi biru.

 

KESIMPULAN : Kebanyakkan air di pasaran mahupun air paip di rumah atau air minuman yang kita beli adalah berasid. Ia lebih merosakkan tubuh badan daripada menyehatkan. Bagaimana penyelesaiannya?

 

Apa Itu Air Alkali
Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Air alkali yang keluar dari penapis perlu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum.Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan..Air Zam Zam  adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral.

Kenapa Kita Perlukan Air Alkali ?
Air alkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.

Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya.

Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan.

Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan acidosis.

Asidosis kemudiannya menggangu perjalanan sistem kelejar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit.

Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit, dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak.


 

Kepentingan keseimbang pH
Organ dalaman manusia amat sensitif terhadap perubahan pH. Seperti contoh, plasma darah dan bendalir yang menyelubungi sel mempunyai pH 7.2 ke 7.45. Penurunan pH darah ke 6.9 akan menyebabkan koma atau berkemungkinan maut. Oleh itu, badan manusia telah dikurniakan dengan beberapa mekanisma untuk menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Mekanisma tersebut dikenali sebagai “buffers”. Sistem buffers berupaya untuk mengikat ion-ion atau melepaskannya daripada bendalir apabila kepekatan bendalir itu meningkat atau mengurang, dengan ini badan kita akan berupaya untuk mengekalkan tahap pH yang optimum.

Satu Penemuan Yang Hebat
Kajian mengenai air alkali telah bermula dari tahun 1950 di jepun. Kajian menunjukkan minum air yang tinggi pH mampu meneutralkan asid yang terkumpul di dalam badan. Di Jepun iaitu di bawah kementerian kesihatan telah menjalankan usaha untuk menghasilkan air beralkali tinggi dan air alkali yang pertama dihasilkan adalah pada tahun 1966.Apa kata pakar...

 

 
 
Suatu lagi penemuan iaitu, di Kaiser Institute Berlin pada tahun 1926 Dr. Otto Warberg menerima penganugerahan Nobel Prizes dalam kajian beliau dalam penemuan punca kanser. Dalam kajian beliau punca kanser adalah sel yang kehilangan elektron akibat diserang oleh radikal bebas iaitu oksigen yang tidak stabil dan kandungan asid yang terlalu banyak di dalam badan. Kajian beliau telah diteruskan oleh pakar saintis di seluruh dunia dan walaupun sehingga ke hari ini punca kanser masih belum diketehaui tetapi kajian yang sahih dan telah didokumenkan adalah tiada gejala penyakit yang timbul apabila kawasan sel kita dalam keadaan beralkali. Ini bukan suatu yang ajaib kerana orang yang sihat badan mereka adalah dalam keadaan beralkali.

Sedikit Mengenai Teori Air Ion Alkali   
Kenapa kita sakit?Adakah oksigen itu bagus? Jawapannya ialah ya. Oksigen amat diperlukan oleh badan kita. Molekul oksigen agak stabil apabila berada di atmosfera, tetapi apabila terlalu banyak oksigen diserap ke dalam badan kita, oksigen tersebut menjadi semakin aktif dan tidak stabil, dan ia menunjukkan sifat-sifat yang mudah untuk melekatkan diri terhadap sel-sel sihat. Oksigen ini lebih dikenali sebagai radikal bebas. Sifat-sifat radikal bebas ini adalah mempunyai ketidakseimbangan elektron. Lebih kurang 2% oksigen yang disedut menjadi oksigen aktif, sewaktu bersenam, jumlah tersebut meningkat menjadi 20%. Radikal bebas ini akan menghasilkan kesan oksidasi yang begitu tinggi. Ini bermakna radikal bebas ini mampu mencuri elektron-elektron daripada sel yang sihat

Sehubungan dengan itu, apabila terdapat terlalu banyak radikal bebas dihasilkan didalam badan, mereka menjadi semakin aktif dan melekatkan diri kepada sel-sel yang sihat, hasilnya sel-sel yang sihat akan musnah secara genetiknya. Ia juga berupaya untuk mengoksidasikan tisu lalu akan menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penyakit.

Antioksidan menghalang oksidasi bahaya
Salah satu cara untuk melindungi tisu sihat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas adalah dengan cara membekalkan elektron bebas kepada radikal bebas, dengan menyeimbangkan jumlah elektron pada radikal bebas tersebut, maka ia dapat menghalang dari radikal bebas untuk menganggu sel-sel tisu yang sihat.


Dalam kajian, makanan seharian kita ada yang menghalang kita daripada dihinggapi kanser dan ada sebahagiannya menyumbangkannya. Kebanyakkan tisu-tisu yang rosak disebabkan oleh bahan yang dikenali sebagai karsinogen yang terdapat didalam makanan terhasil dari hasil tindak balas oksidasi didalam sel. Oleh itu para pengkaji telah menemui satu bahan yang dapat menghalang berlakunya oksidasi ini, bahan tersebut lebih dikenali sebagai antioksidan. Dengan pengambilan bahan antioksidan ini secara semulajadi seperti air alkali yang berantioksidan akan menjadi benteng utama dalam menghalang berlakunya kanser.

Bagaimana untuk kita mengelakkan diri dari di hinggapi penyakit ?
Sewaktu proses penghazaman, bakteria-bakteria bertindak balas dengan protin, asid amino, ikan dan daging akan menghasilkan bahan tersebut ;-

• Hidrogen sulfida
• Ammonia
• Histamin
• Indoles
• Phenoles
• Scatoles


Dengan terhasilnya bahan-bahan tersebut ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan di dalam usus. Bahan-bahan ini juga akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti contoh Hidrogen sulfida dan ammonia yang akan merosakkan hati. Histamin pula akan menggalakkan berlakunya kesan alahan seperti asma dan sebagainya.

Justeru itu, badan akan mengeluarkan sejenis bahan yang dikenali sebagai neutrophil leukocytes dimana ia akan membebaskan oksigen aktif bagi menangani toksik tersebut lalu mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap organ-organ yang berkaitan.


Tetapi apabila terlalu banyak oksigen aktif ini dibebaskan, disamping ia meneutralkan toksik itu tadi, ia juga akan merosakkan sel-sel yang sihat. Melalui proses pengoksidaan berlebihan. Oleh itu, sebagai jalan penyelesaiannya adalah dengan mengambil bahan yang berantioksidan bagi menghalang berlakunya proses oksidasi yang disebabkan oksigen aktif itu tadi.

SEMUA maklumat ini adalah hasil dari pembacaan dan sumber-sumber dari internet.

Inilah antara sebab utama kami di DUITepi.com...ingin berkongsi dengan anda bagaimana produk yang kami ingin perkenalkan ini: CEN-J mampu memberikan air alkali yang berantioksidan dihasilkan oleh Cengreen ini mampu merawat beberapa penyakit merbahaya.

 

 

MEMPERKENALKAN CEN-J Alkaline Water

 

Keistimewaan

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain

Cen-J Alkaline Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) .

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Cen-J Alkaline Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Cen-J Alkaline Water menghasilkan 1.15 liter air daripada setiap turasan dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Cen-J Alkaline Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa

 

Kapasiti Air : 1.15 Liters air ditapis setiap masa (jumlah kapasiti jug 1.5 liters)

Rekabentuk : Mudah alih dan mudah digunakan sekali pun untuk aktiviti luar.

 

"Minumlah Air Antioksidan Beralkali untuk lebih sihat ke arah generasi akan datang"
 

Air (Water)

70 % daripada tubuh manusia adalah air. Kita boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan tetapi tidak dengan air, kita hanya mampu bertahan hanya beberapa hari sahaja. Ini menunjukkan air adalah sumber yang sangat penting untuk meneruskan kehidupan. Kebanyakkan pakar kesihatan menyarankan pengambilan air sekurang²nya sebanyak 2 liter sehari untuk kesihatan yang optima. Bagaimanapun, dengan pesatnya pembangunan di merata tempat, ini sedikit sebanyak telah menyumbangkan kesan terhadap kualiti air dan seterusnya kesan air tersebut terhadap kesihatan kita. Ini kerana kualiti bekalan air sekarang terjejas akibat dicemari ataupun dirawat oleh bahan kimia. Dipercayai kualiti air yang rendah ini akan memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan apabila kita bergantung dengan sumber bekalan air ini semata².


Radikal Bebas

Radikal bebas adalah molekul yang terhasil apabila makanan diproses oleh sel tubuh untuk mendapatkan tenaga, atau daripada persekitaran seperti asap tembakau, pencemaran udara, bahan kimia dan radiasi. Radikal bebas ini sangat aktif dan tidak stabil, untuk menjadi stabil, radikal bebas ini akan ‘mencuri’ elektron daripada sebatian lain, seterusnya menghasilkan radikal bebas lain yang boleh mengakibatkan kerosakkan oksidasi. Para penyelidik mengaitkan kerosakkan sel² tubuh disebabkan oleh radikal bebas ini dengan masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, barah, arthritis, penyakit ginjal, katarak, diabetis dan lain-lain.
 
Antioksidan

Antioksidan adalah bahan ataupun khasiat makanan yang akan mengurangkan atau mengelakkan kerosakkan oksidasi disebabkan oleh radikal bebas, dengan memberi perlindungan oksidasi terhadap tubuh. Antioksidan bersumberkan makanan seperti Vitamin C, E, Beta kerotin, selenium, ion hidrogen meneutralkan dan menjadikan radikal bebas tidak merbahaya kepada tubuh. Menurut Persatuan Diatetik Amerika, antioksidan berperanan dalam meningkatkan fungsi imun dan mengurangkan risiko barah serta jangkitan.

Peneutralan Radikal Bebas oleh Air Antioksidan Beralkali CEN-J

Hidrogen aktif dihasilkan oleh penapis antioksidan beralkali CEN-J, hidrogen aktif ini adalah antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas.

 

Kelebihan Produk:

- Menyingkirkan bahan buangan metabolik berasid dan radikal bebas daripada setiap sel.

- Membekalkan garam mineral menyokong kesihatan seperti Kalsium, Kalium, Sodium, Magnesium kpd tubuh.

- Mengandungi molekul air yg kecil (approx 51.497Hz) memberikan lebih kesan penghidratan kepada tubuh.

- Memudahkan penyerapan nutrien makanan dengan lebih berkesan.

- Mudah alih dan anda boleh bawa kemana-mana sahaja.

- Tidak memerlukan tenaga elektrik.

- Membantu menyeimbangkan PH tubuh.

- Mengandungi ion hidrogen aktif sebagai sumber antioksidan.

- Nilai PH air dari Jug CEN-J adalah antara 8.5 hingga 9.5.



Bandingkan warna air dalam kedua-dua gelas di atas... yang berwarna biru adalah air yang telah ditapis menggunakan Penapis Air CEN-J manakala air yang berwarna kekuningan adalah air biasa.

HARGA AHLI: RM310.00
DAFTAR KEAHLIAN: RM51.00 sekali seumur hidup

HARGA BUKAN AHLI: RM350.00

KOS PENGHANTARAN: RM20.00

 

KEBAIKAN MEMINUM AIR BERALKALI
 

 

Memperlancar sistem pencernaan
Mengkonsumsi air alkali dalam jumlah cukup setiap hari akan memperlancar sistem pencernaan sehingga kita akan terhindari dari masalah-masalah pencernaan seperti sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan secara lebih efisien.

Membantu memperlambat tumbuhnya zat-zat penyebab kanser / barah
Meminum air alkali membantu mencegah penyakit ginjal / masalah buah pinggang dan hati. Minum air alkali akan membuat tubuh lebih bertenaga.

Perawatan kecantikan seluruh badan
Bila kurang minum air alkali, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkerut. Selain itu, air alkali dapat melindungi kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyihatkan kulit. Untuk menjaga kecantikan pun, kebersihan tubuh pun harus benar-benar diperhatikan, ditambah lagi minum air putih 8 – 10 gelas sehari.

Kesuburan terpelihara
Meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Menurut hasil penelitian dari sebuah lembaga penyelidikan di London, jika seseorang selalu mandi dengan air dingin maka peredaran darahnya lancar dan tubuh terasa lebih segar dan bugar. Mandi dengan air alkali dingin akan meningkatkan produksi sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan ketahanan seseorang terhadap serangan virus.

Bahkan, mandi di waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dengan begitu kesuburan serta kegairahan seksual pun akan meningkat. Selain itu, jaringan kulit semakin baik, kuku lebih sihat dan kuat, tak mudah retak. Oleh itu, biasakan mandi pagi dengan air pagi yang segar.

Menyihatkan jantung
Air alkali juga diyakini dapat membantu menyembuhkan penyakit jantung, rheumatik artritis, kerosakan kulit, penyakit saluran dubur, usus, dan penyakit kewanitaan. Bahkan ketika ini, banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan kebaikan dan keberkesanan air kosong.

Ubat penyakit lumpuh
Air alkali tidak hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit, tapi juga efektif untuk mengubati lumpuh, seperti akibat stroke. Sebab, air tersebut dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta memperlancar sistem peredaran darah dan sistem pernafasan, meningkatkan pengaliran darah dan oksigenisasi jaringan, sehingga mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri serta menenangkan fikiran. Kandungan ion-ion terutama klorin, magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat dalam air panas, membantu pelebaran pembuluh darah sehingga meningkatkan pengaliran darah. Selain itu, pH airnya mampu mensterilkan kulit.

Membantu badan supaya relaks
Air alkali mengandung ion negatif mampu meredakan rasa sakit, meneutralkan racun, memerangi penyakit, serta membantu menyerap dan memanfaatkan oksigen. Ion negatif dalam aliran darah akan mempercepat penghantaran oksigen ke dalam sel dan jaringan.

Bukan itu saja jika mengalami ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air hangat bersuhu sekitar 37 darjah Celcius. Selagi kaki terasa kebas, dianjurkan untuk merendam kaki dengan air hangat dicampur sedikit garam. Jika memilik shower di rumah cubalah mandi dan nikmati hasilnya. Khabarnya, shower juga menghasilkan ion negatif.

Menguruskan badan
Air alkali juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran dalam tubuh yang lebih pantas keluar melalui air kencing. Bagi yang ingin menguruskan badan, minum air alkali hangat sebelum makan (sehingga merasa agak kenyang) merupakan satu cara untuk mengurangi jumlah makanan yang masuk. Apalagi air alkali ini tidak mengandung kalori, gula, ataupun lemak. Namun yang terbaik adalah minum pada suhu sedang, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu dingin. Mahu kurus?, minum air alkali.

Tubuh badan lebih segar
Khasiat air alkali tak hanya untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin lebih dapat bertahan kekurangan makan beberapa hari ketimbang kurang air. Sebab, air merupakan bagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

Penyeimbang air dalam tubuh badan
Jumlah air yang menurun dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria dan virus. Namun, tubuh manusia mempunyai mekanisma mempertahankan keseimbangan pengambilan air yang masuk dan yang dikeluarkan. Rasa haus pada setiap orang merupakan mekanisma normal dalam mempertahankan air dalam tubuh. Air yang diperlukan tubuh kira-kira 2 liter hingga 2.5 liter (8-10 gelas) sehari. Jumlah keperluan air ini sudah termasuk pengambilan air dari makanan (seperti dari kuah sup, tomyam, dan lain-lain), minuman seperti susu, teh, kopi, sirap dan sebagainya. Selain itu, pengambilan air juga diperoleh dari hasil metabolisma makanan yang dikonsumsi dan metabolisma jaringan di dalam tubuh.

 

 

"TERBUKTI MEMBANTU MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT KRONIK"
AMAT SESUAI UNTUK PESAKIT
SEMBELIT, BUASIR, DARAH TINGGI / RENDAH, KENCING MANIS / BUAH PINGGANG, GOUT, BARAH / KANSER SEL, JANTUNG, GASTRIK, Osteoporosis / REPUT TULANG, Rheumatic DAN Sesuai untuk menguruskan Badan / OBESITI.

  • MEMBANTU MENGAWAL SUHU BADAN.
  • MENAMBAH MINERAL DALAM BADAN & KADAR OKSIGEN.
  • MENGHANCURKAN LEMAK, DARAH BEKU & PEMBUANGAN TOKSIN
  • MELANCARKAN PEREDARAN DARAH.
  • MENCEGAH PEMBENTUKKAN RADIKALBEBAS & TIMBUNAN LEMAK.
  • MENEUTRALKAN ASID DALAM BADAN.
  • MEMPERCEPAT, MENGIMBANGI & MELINDUNGI SEL-SEL BADAN.
  • MENINGKATKAN KUALITI TIDUR.

Manfaat CEN-J ALKALINE WATER

  • Tubuh lebih segar, sihat dan aktif.
  • Kulit lebih halus.
  • Penampilan lebih segar dan awet muda.

 

TESTIMONI PENGGUNA JUG ALKALI

Hj Noh dari Tanjung Malim pernah mengidap berbagai penyakit. Buasir yang sangat menyeksakan. Ada dua serangan kanser yang perlukan pembedahan dan bermacam-macam penyakit yang lain.

Suatu petang seorang rakan datang ke rumahnya dan menerangkan kepada Hj Noh satu penapis air yang boleh menukar air asid kepada alkali.

Hj Noh menolak kerana dia sendiri berniaga penapis air.

“Itu penapis, ini perawat air. Ambil air yang telah ditapis itu, masukkan dalam jag  ini melalui tapisan batu-batu khas, maka air itu akan bertukar menjadi air alkali dan mempunyai zat yang tinggi.”

Setelah Hj Noh mengamalkan meminum air alkali tu yang phnya 8 lebih, apa yang terjadi kansernya yang dah terbonjol keluar seperti sebutir telur di lengan kanannya telah mengecut tanpa pembedahan. Buasirnya sembuh. Kini, hampir semua keluarga diajak minum air alkali tersebut. Pokok bunga di jirus air alkali & kucing peliharaan pun diberi minum air tu.

 

Anda Membuat Pilihan BIJAK dengan memiliki Jag Air ini kerana:

  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasa lebih enak
  • Jag ini tidak memerlukan kuasa elektrik (tanpa wayar)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

"Kalau dalam perniagaan, untung RM1 kita kena melabur 90sen balik" - DATO HUSSAMUDDIN

2013 © Inter4web.Com. All Right Reserved. Developed by Innovative Technolution